Wednesday, December 23, 2009

Berani membuat keputusan ???


Pada pengalaman saya, orang kita TAKUT membuat keputusan. Kita tidak boleh lari dari membuat keputusan. Suka atau tak suka kita sebagai manusia terpaksa membuat keputusan. Jadi budaya yang tidak sihat tentang takut membuat keputusan hendaklah diubah. Amalan yang tidak sihat ini hendaklah diUBAH. Selalunya apabila orang kita nak menjual harta (contoh kereta), keputusan tentang harga untuk dijulal diputuskan oleh pembeli. "Ini kereta saya mahu jual, berapa boleh angkat ??? , contoh nombor dua. "Ini handphone aku mahu tolak belapa lu boleh angkat ?? Kenapa orang kita ni 'bijak' sangat ?? Harta sendiri orang lain yang buat keputusan. FIKIR, FIKIR..............Jadi jika anda nak jual harta anda, anda yang mula beri atau quote harga nya. Dailog nya begini jika anda xtahu. " Kereta ini dalam keadaan 'tip-top' dan saya mahu jual dengan harga RM50,000. saya dah semak dengan harga pasaran RM55,000.00 saya mahu diskaun RM5,000.00. special for uu ooooooo .